Malaysia kini berada dalam keadaan kritikal dengan virus COVID-19. Terdapat 1,624 kes dan 16 kematian (sehingga 25 Mac, 6 pagi) di negara ini. Kita semua mesti pernah mendengar seseorang dalam kenalan atau orang yang terdekat dengan kita yang dijangkiti oleh wabak ini.
Hati kami tersentuh kerana doktor dan pegawai kesihatan berjuang 24 jam, malahan mereka kurang rehat bagi merawat pesakit COVID-19, malah mendedahkan risiko mereka dengan wabak COVID-19 ini. Walaupun begitu banyak usaha diletakkan, bilangan pesakit semakin meningkat.
Jumlah peralatan pelindung diri (PPE) untuk front-liner telah semakin berkurang akibat peningkatan jumlah kes di banyak hospital. Malahan, kerajaan bergantung bantuan daripada luar negara seperti China.
Akibatnya, ada sesetengah frontliners guna plastik sampah/apa-apa bahan sebagai pelindung diri.
Oleh sebab itu, rakan kebajikan utama Global Sadaqah, iaitu Yayasan Ikhlas bertujuan untuk membantu jururawat dan kakitangan perubatan lain di hospital yang merawat COVID-19 untuk menyediakan peralatan pelindung diri (PPE) seperti sanitizer, sarung tangan, pengimbas termal, peralatan pengudaraan dan barang keperluan lain. Peralatan perlindungan peribadi tambahan akan dihantar ke hospital sebaik sahaja dana yang mencukupi tersedia.Ā
Setakat ini, kami telah mengumpul sebanyak RM 32,490.00 (sehingga 23 Mac, 6 petang).
Sebanyak 40000 keping hand non-sterile glove, plastic apron (clinical use) 6000 helai, 500 litre hand sanitiser & liquid hand soap, 4500 stok air mineral dan pek makanan akan diserahkan minggu ni.
Pada masa ini, kita semua perlu bersama-sama dan berdiri teguh di belakang tenaga perubatan kita.
Apa-apa sumbangan, walaupun serendah RM 10 boleh perubahan lebih jauh dan membantu negara dalam menangani krisis COVID-19. Setiap orang di Malaysia boleh memainkan peranan yang unik dalam membantu. Jom!